Home

 


Sg Kelamah adalah merupakan lokasi rancangan felda yang berada di daerah gemas. Buletin Sg Kelamah di adakan bagi mengwujudkan nostalgia kg kita, Sg Kelamah mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri. Secara kebetulan lokasi gugusan ini merupakan jajaran sejarah semasa perang dunia ke dua. Ketika Tanah melayu dijajah oleh Jepun.

Buletin Sg Kelamah juga memberikan peluang kepada semua anak peneroka untuk menghimpunkan nostalgianya disini. Antara boleh dikongsikan adalah kenangan lama yang mengusik dijiwa.

Antara yang boleh dikongsikan adalah pengalaman sendiri ytng pastinya menarik dan tidak mengandungi unsur-unsur negatif. Seperti lucah, bahan-bahan fitnah perkara yang boleh mengaibkan setengah pihak adalah terlarang untuk dikongsikan

Buletin Sg Kelamah Juga mewar warkan perkembangan yang berlaku samaada yang baik atau pun buruk, yg mana buletin ini akan menjadi platform untuk menyampaikan berita terkini apa yang berlaku di kg kita.

Buletin Sg kelamah juga memberikan peluang kepada mana2 individu untuk mengembangkan idea- idea bernas untuk kemajuan kg kita, secara tidak langsung memberikan peluang kepada anak-anak peneroka mewar warkan perniagaan mereka.

Buletin ini juga secara khusus untuk mensiarkan perkembangan industri perniagaan dan juga perkongsian info melibatkan aktiviti perladangan.

Buletin Sg Kelamah hasil cetusan idea anak peneroka yang terlibat dalam perniagaan penjualan makanan haiwan yang balal menjadi tulang belakang kepada industri penternakan dan perladangan. maka dengan sokongan yang diberi perniagaan ini dapat berkembang secara sihat dalam dunia perniagaan.

Buletin ini juga memberikan peluang kepada mana-mana usahawan khususnya anak peneroka sg kelamah untuk mengiklankan perniagaan mereka agar dapat bersaing dengan iklam cabaran unik meraihkan keilmuan ilmu dalam perniagaan itu sendiri




Comments